Friday 22 June 2012

Intan Syamimi and Nurul Kamaliah

Assalamualaikum ,

Intan Syamimi
(mimi tengok tajuk tu bagga tak ? *keningkening)
Alaaaa , will miss you Intan Syamimi , cuba kau kira berapa kali aku HANG-OUT dengan kau ,HAHA 6 kali kot , ohh itu banyak , anyway bestlah keluar dengan kau . Ok memang kita tak rapat time form 4 and form 5 tapi sangatlah rapat time jadi penganggur terhormat ni . Yeahh ape je kita tak buat :swimming , shopping , eating , walking , gossiping (benda baik ok) , haha macam2 lah , tapi sangat best wehh . Baru aku tau kehidupan anak Dato' ni macam mana .LOL.anyway kau sangatlah low profile . bagusbagus .akan aku ingat kenangan kita bersama cewahh.Eh , aku doakan kau semoga muka kau bertambah ok , sekarang pun dah better kankan?jerawat tu lah sayang sangat kat kau sampai nak muncul kat muka ,adeiii , haha kau patutnya buat premedic kat upm 26 jun kan tapi ditunda ke 30 jun pulakk , haha diaorang nak kita hangout lagi tu , aku 1 july kot , sehari lepas kau pffftt bengang tak? aku bet kau bengang HAHA , nvm kau boleh buat facial lagi sekali kot huhu.

p/s : pre-medic 2 bulan kat UPM then fly to mesir . how great ! aku doakan kau sihat dan selamat di sana dengan izin ALLAH S.W.T . dentist-to-be .insyaALLAH .gigi dah cun dah , boleh punya go mimi go !

Nurul Kamaliah
Ni lagi sorang budak cute , asal tak cakap ayah kau kerja kat balai bomba putrajaya kot , ciss kalau tak kau boleh cipta sejarah hangout dengan kita orang enam kali .haha.tapi ape pon atleast kita dapat keluar 3 kali kan oke what , tapi serius kau sangat baik plus rajin . tak tau kenapa aku cakap macam tu tapi that is the fact oke? kau lagi teruk kan masuk unikl mestech kajang 22 Julai . byebye kitaorang masuk dulu kot , bersendirilah kamu seorang diri --' boleh pulak .HAHA. Pasal budak tu . Kau fikir lah masak-masak . kalau kau oke dengan dia and rase dia boleh bawak kau kearah kebaikan , why not tapi niat kena betul .aku doakan kebahagiaan kau dunia akhirat tapi aku rasa baik kau cari yang betul kat sana .That's my opinion oke . no need to be so rush , kau comel , nanti ramai minat kau kat sana HAHA aku tau kau bukan rush pun tapi budak tu kan ngehh =D pedulikan dia *pengaruh , papepon best rapat dengan kau walaupun sekejap ye ex-dormate epi form 4 and ex-classmate 4&5 Fialaara even tak rapat time sekolah . asal aku tak sedar kehadiran kau eh ? haha oh lupe kau ade Izzati Mohzan HAHA


p/s : foundation medic setahun kat unikl mestech kajang then fly to jordan . oke that's great . I know you can do it as long you keep in mind that "I can do it" but with DUIT *bak kata mimi , Doa Usaha Ikhtiar Tawakal *ingatan untuk diri sendiri jugak . InsyaALLAH boleh punya doctor-to-be .biology kau terror takpe huhu go kamal go!


HAHA SEDIH GILE AKU JE 2 TAHUN KAT SINI , SORANG 2 BULAN and SORANG LAGI 1 TAHUN , takpe 10 tahun lagi kita jumpa oke? gathering yaww .INSYAALLAH dengan izin-Nya =)


   Lots of love,   
C,TA             

Thursday 21 June 2012

satu hari di UPM

Tulahh , siapa suruh masuk belajar lambat , kan dah jealous dengan kawankawan yang dah masuk belajar , disebabkan oleh kebosanan yang melanda dalam diri ini , saya , Intan Syamimi , and Nurul Kamaliah melawat kawankawan kat Universiti Putra Malaysia (UPM) , yeah , Universiti first the best kat Malaysia kot . So kitaorang decide nak melawat .Yeahh disebabkan jadi pengganggur terhormat abad ni , so duit kitaorang boleh kira dengan jari je berapa ringgit , beli dunkin donnut and fanta strawberry and yeahh kitaorang bawa ni je kat korang so sorryy huhu , btw serius best gile lepak dengan korang , yang terkejutnya bila dapat tahu ex-headgirl kitaorang become a vice precident kat UPM LOL . hebat gila Farah Najwa Nabila kita tapi memang hebat pon , makin hot kot =P wohhoo ape pon kitaorang sangat happy dapat tengok situasi sebenar life kat Uni . Dapat tengok dengan mata sendiri before masuk belajar , ok that's great !

P/S : Isshh , kenapa lah lambat sangat nak masuk belajar ni . 1 July . okay one more week . Be patience . Sabar itu kan separuh daripada iman . =DDD

Monday 11 June 2012

mengambil angin di ALAMANDA cehh

Assalamualaikum ,
yeahh , hari ni bersamaan dengan 11 Jun 2012 , keluar dengan Intan Syamimi and Nurul Kamaliah , wuuhuu .
best gile dapat keluar dengan korang . Tak sangka kat sekolah tak rapat even satu kelas kan kan ?
tapi rasa macam best gile keluar dengan korang kot , mule2 tengok cerita *ermm takyah bagitau lah , then pizza hut sorang RM 20 cantikk , pokai lahh =) then sembang macam2 bende yang penting bukan mengumpat or menfitnah oke? HAHA paling aku tak boleh lupakan hangout dengan korang ialah time tunggu kat sekolah adik aku , hampir semua budak yang lalu dikacau , bertuah kau MIMI kesian diorang kan dah kena satu ayat ni " apehal lak ?" haha budak tu mesti terkejut first orang tegur die 'HI' haha , papepon will miss this sweet moments , TUDUNG jangan lupa beli , aku jual murah je , beg aku jadi JUAL *murah kot , peace yaww HANYA UNTUK KORANG <3
        
                                                                          lots of love , 
                                                                               CT,A 

                                                                                                   

Thursday 31 May 2012

CINTA

oh ye lupa nak bagitau ni name kucing walaupun die ni jantan tapi tetap namakan die CINTA yang menggambarkan kasih sayang , cewahh . First time bela kucing and yes he's the first one . Jumpe kucing ni kat tangga masjid after solat sunat hari raya raya aidiladha 2011 and yes ambik kucing ni coz nampak macam kesian je. Berkat pada hari mulia tu , Allah SWT bagi kucing ini . Sungguh gembira tak terkata . Memang selama ni tak berani pegang kucing . Nampak kucing je macam nampak ape jee , lari macam lipas kudung HAHA but then kucing ni ajar erti kasih sayang , tapi ade satu mase tu baru perasan yang sebenarnya mata die ni tak nampak sangat , ade salutan kat mata die coz doktor cakap die ade tak dijaga masa kecik .Patutlah cinta selalu langgar dinding je ,terhantuk sana terhantu sini kesian dia . dia sangat pendiam maybe sebab mata dia yang tak nampak . So after a month tinggal kat rumah , dah  berani pegang dia . Rasa macam sifat penyayang makin bercambah dalam diri , patutlah Nabi Muhamad SAW sayang kucing . Sifat kucing tu sendiri buat kita jatuh cinta kat dia but then after 6 month dengan kitaorang , perut dia makin kembung .Memang tak dinafikan Cinta ni memang makan banyak gila . apa je dia tak makan HAHA tapi because of his disease . Doctor said that he cannot live longer , after about 2 weeks yes he's gone but I was very sad and terkilan when we were in holiday time and Cinta died when we were not around . maybe he doesn't wannt us to see his sufferness . But CINTA we love and miss you forever and ever . Cinta adalah kucing pertama dan alia sangat happy ada cinta yang teman alia sepanjang selepas SPM sampai nak dekat masuk Universiti . Kau mengisi hari-hari ku yang sepi dengan kecomelanmu ,Thanx CINTA !
kucing kesayangan ku =D

mata dia yang ada salutan tp still comel ^^



                         



Wednesday 30 May 2012

Result MARA

Alhamdulillah , syukur pada ALLAH S.W.T . THANKS ALLAH <3 . Gembire tak terkata bila check result MARA "TAHNIAH!!PERMOHONAN ANDA BERJAYA".

Niat hati nak sambung belajar di negara yang ada 4 musim dan negara yang bagus untuk belajar kos chemical engineering , and yes I chose United State (US) coz US is one of the top countries for this course. Ya Allah sungguh tak sangka saya dapat sebab for surelah ramai students straight A's pon mohon jugakkan and peluang untuk orang yang tak dapat straight A's memanglah tersangat tipis , So memang berserah gila , tapi kalau nama dah rezeki takkan kemana . Tipulah kalau kata tak sedih bila tak dapat straight A's masa SPM tapi saya tau Allah S.W.T dah aturkan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya . Tak sangka kesedihan suatu ketika telah digantikan dengan kegembiraan tak sampai dalam masa 3 bulan . Sungguh saya akan buat yang terbaik sebagai umat islam dan rakyat Malaysia to be one of the top students at one of the US universites , memang susah tapi ingat tiada yang mustahil di dunia ini . Kalau niat bersih bersama usaha dan tawakal yang berterusan , Insyaallah ALLAH S.W.T bersama-sama disamping kita untuk mambantu kita mencapai kejayaan itu dengan niat IKHLAS , cehhh bajett macam dah sure2 je pergi , banyak lagi kena buat sebelum pergi kesana . Persediaan di INTEC SHAH ALAM selama 2 tahun , time ni yang tentukan kita samada dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak . So memang kene berusaha dan buat betol2lah kann untuk buat yang terbaik . Ha and one one more thing,  sesiapa yang tak dapat MARA tu jangan putus asa , maybe ini bukan yang terbaik untuk korang buat masa ni ATAUPUN Allah tahu korang ni orangnye tabah , then dia bagi dugaan demi dugaan coz Dia tahu korang mampu hadapinya sampai satu tahap dia akan bagi jugak =) ATAUPUN Allah lebih sayang korang , then dia bagi korang something yang korang tak duga pon mase akan datang , so jangan bersedihlah wahai hati . Kita tak tahu masa depan kita macam mane , maybe saya dah lalui keperitan tu atau maybe saya akan lalui keperitan yang dahsyat , so sekarang die bagi dulu kegembiraan tapi saya kene sentiase beringat-ingat agar kegembiraan ini boleh menjadi keperitan bila-bila masa saja.
So let us do our part - berusaha dan tawakal and give ALLAH do the rest to make the best for us .

                                                                                                                  with love ,
                                                                                                                     CT,A


Sunday 13 May 2012

Pengalaman interview MARA

Yaehh , tak sangka bile dah sampai kat Bangi (tempat interview) , ramai sungguh lelaki , perempuan boleh kira dengan jari je , cewaahhh . Hampir lupa yang saya ni mohon kos engineering , memanglah ramai lelaki . Pendapat saya lah kan , perempuan ni more to medic kot tak taulah betol ke tak heee =D , Nasib baik memang dari dulu tak minat medic sebab memang tak minat bio mase SPM dulu and lagi satu memang tak layak pun nak mohon medic untuk MARA coz syarat kelayakan minumum for this course is 9A- , HAHA takpelah , memang dah cantik je rancangan DIA , tak minat Bio , tak suke ambik medic , TAK DAPAT Bio A , so yess minat math , minat engineering , DAPAT interview . ALHAMDULILLAH =) . Kitaorang tahun ni 2012 pelik sikit interview die tak macam before this . Tahun ni punye kira group interview , satu group 8 orang tapi interview ni tak sama macam kat UTP ,  tak diberi peluang untuk berbincang , masuk bilik terus kene discuss the study case given on the spot , HAHA terkejut jugakk woo!

Pengalaman di dalam bilik interview - just 50 minutes to discuss the study case given ,  3 interviewers , memang muka psycho habis tapi saya buat tak tahu je and SENYUM sentiase yang tulah salah satu tips yang saya bace sebagai persediaan interview ni ,
TIPS-TIPS LAIN MASA INTERVIEW (dapat tips ni kat blog orang lain jugak , sangat berguna) :
1) Bagi salam sebelum masuk ( umat islam wajib ) and salam bagi yang muhrim je =)
2) Jangan duduk terus sampai interviewer kata DUDUK =)
3) Bercakap apabila interview kata "OK BOLEH MULA SEKARANG"
4) Mulakan perbincangan dengan "assalamualaikum , okay , can we start now?" ehemm nampak sikit macam LEADER kan ? yang tu yang mara nak .
5) Point kene ade , jangan takut kalau english tunggang terbalik (saya pon sama) tapi janganlah sampai diorang tak paham langsung =P , kita kena CONFIDENT yaww, ini yang paling penting!
6) senyum  pun penting , buat lawak sikit pun takpe to make the discussion more interesting! xdelah interviewrs tu tertidur nanti =DDD
7) oke , tu je kot heee =D * oke ini bukan tips!



STUDY CASE SAYA =)


dapat pasal hot air balloon , ade 8 orang dalam tu ( PM, Dr.Fadzilah Kamsah , Khir (islamic affair punye org) , Zeti Aziz , Director Mara , Tony Fernandes , Khairul Fahmi Che Mat , Rozit Che Wan) . Disebabkan jot air balloon tu tak stable , kitaorang kene selamatkan 4 orang je , lagi 4 orang korang terpaksa lah dibuang , korang kene choose each one for each person then kene defend yourself untuk tidak dibuang daripada hot air ballon . Harap information semua ni dapat membantu junior2 saya orang siapa2 diluar sana pada interview akan datang ! kalau adelahhh yehaaa oke pelikk --' , okay sekian terima kasih =)

                                                                                                                             With LOVE ,
                                                                                                                                 CT,A

Thursday 10 May 2012

Interview MARA

Syukur alhamdulillah , rasa diri ini dihargai buat kali kedua apabila diterima untuk interview MARA . At first sedih gila bile dapat tahu yang diri ini ditolak daripada menjadi salah satu warga Universiti Teknologi Petronas , sedih betullah tapi tak apa hidup ini mesti diteruskan walaupun gempa bumi , petir melanda sekalipun, ceh lebih gile! Papepon saya mesti siap sedia untuk interview MARA , harap-harap dapat apa yang diinginkan MARA tu sape taknak , JPA memang dah awal2 kena tolah disebabkan tak memenuhi syarat kelayakan minimum iaitu 9A- and kita mesti pilih salah satu je daripada MARA atau JPA , bagilah chance kat orang lain jugak kan kan ? Harap2 interview mara nanti berjalan dengan lancar , AMIN =)